S'DILLERQ: 4/12/1434

Tuesday, October 8, 2013

4/12/1434

Dengan nama Allah


Empat dua belas empat belas tiga empat. Ini tarikh ya. Tarikh keramat bukan biasa biasa. Kenapa?

Buat blog baru! Yeay yeay yeah gedik nak kena lempang. Memang gedik pun ish. Nak tahu kronologi kisah blog-blog aku terdahulu tak?

Blog pertama, warna hitam. Tulisan warna warni. Warna terang dan cerah. Terserlah segala kegedikan. Kau boleh bayang tak betapa menyakitkan-hati-dan-mata apabila pandang blog tu. Dahla tulisan berangkai-rangkai belingkur-lingkur pusing sana sini sampai aku sorang je boleh baca. Memang macam budak sangat padahal memang budak pun tak nak mengaku. Paling tak bole blah, ayat semua copy paste. Tiru dan tampal? Akhirnya delete masuk tong sampah kecil.

Kedua, okey yang ini agak berjaya. Kemas tersusun. Warna pun lembut dan damai. Tenang dan harmoni. Entri pun okey je baca. Nampak matang sikit padahal budak lagi. Namun yang paling buat aku rasa nak tutup muka dengan bantal, nama blog. Nama penulis blog. Ya aku guna pseudonym tapi fancy sangat ya ampun. Malu malu. Kan aku dah kata aku budak lagi tolong sangat. Tapi ini bahagian paling sedih. Suatu hari entah macam mana tersilap faham, gmail aku terdelete. Dengan terdeletenya gmail, maka segala aset bersamanya juga turut dibuang ke dalam tong sampah mini. Sedih tak kisah ini? sekian.

Ketiga, malas nak cerita sebab dah kata 'sekian' tadi. Tapi kali ini tak ada yang mengarut.

Nah tiga sudahlah. Malas pula cerita banyak banyak.

Boleh tak blog ini aku nak buat masuk giveaway sahaja? Matrealistik betul.

:)

No comments:

Post a Comment